Tuesday, March 8, 2011

Komplikasi Sebuah Persahabatan

Assalamualaikum dan Salam Kenangan buat semua...

Buat kali ini teringin pula kiranya hendak menulis nukilan perasaan dalam Bahasa Ibunda Kebangsaan yang sentiasa menjadi sanjungan dan kebanggaan...

Dalam tempoh masa yang tak berama lama ni, ada sedikit konflik yang terjadi antara saya dan seseorang. Biarlah namanya menjadi rahsia. Akan tetapi perkara yang menjadi persoalan dan igauan dalam talian yang benama persahabatan ini merungkaikan satu isu yang menjadi kebingungan buat diri ini dalam mencari satu konklusi.

Sememangnya kita sebagai manusia biasa seingkali tidak mengetahui satu perkara mengenai keburukkan kita tanpa ada insan yang sudi menegur. Jujur mengatakan saya sudi ditegur dan sila beritahu apa kesalahan dan kekhilafan yang telah dilakukan hingakan tidak lagi sanggup bersemuka dan bersetentang mata dengan saya dalam segala keadaan??Peogol kah saya??Pembunuh, penyamun atau gigolo dambaan wanita???

Saya sedar dan saya pasti semua orang sedar yang mana dalamm menjelajahi semester yang semakin berarak ke penghujung segala duka dan lara ini seringkali menyebabkan kita berada dalam keadaan stress dan bengong selalu, tapi berhakkah jika kita hendak beremosi pada seseorang atas satu isu yang boleh diperjelaskan dan dirungkai dalam mencari satu penyelesaian???

Awak...
Saya faham kalau awak tak nak balas mesej saya dalam wakt cuti...
Saya aham kalau awak duk nak enjoy engok tv bila saya ada masalah yang nak kongsi dengan awak...
Saya faham bila awak meragam satu hari dek kerana lawak saya yang tak menjadi ketika awak PMS dan macam2 lagi..
Saya faham awak belum sudi keluar dengan saya bila awak takda duit...
Saya faham bila awak hanya bercakap dengan kawa2 kia tapi awak taknak bersemuka dengan saya...
Tapi awak,
adakah hanya saya sahaja yang perlu fahami diri awak??
Awak...
Saya ni penyegan...
Saya ni serius dalam belajar...
Saya ni suka jump into conclusion bila saya dapat info..
Saya suka lebih dari orang lain...
Saya sering duduk di library hanya untuk catch up semua benda yang saya takboleh nak dapat dalam kelas...
Saya mungkn kurang layan awak sebab saya nak top up pointer saya yang dah jatuh 2 semyang berturut ni....

Saya harap awak faham dan memahami...
Kerna diri ini sepi tanpa adanya sinar dirimu dalam hidupku...
Biarlah kiranya hanya sebutir senyuman ikhlas yang engkau lembarkan buat diriku...
Kerana yang sekelumit itulah yang akan menjadi penyeri dalam merentasi kehidupan yang hair tanpa ada sedikit pun belas dan simpati...
Mengharapkan awak mengerti, walaupun mustahil awak baca nukilan ini...

Salam kPerindu Sepimu...
Tuah Cendana
9 Mac 2011
Tec 5 Faculty of Education
MARA University of Technology....
9.05 a.m........

(MOde=Elegi Sepi)