Apakah erti sebuah kebebasan?
Sebagai seorang remaja tua yang sudah menginjak umur 24 tahu, nilai kebebasan itu merupakan satu nilai hakiki yang telah dibertikan oleh mak ayah tanpa sebarang halangan atas dasar alasan 'Anak tu dah besar, pandai la dia jaga diri dia sendiri'
Benar, frasa tu dah menjadi sebati dengan diri ini dan saya berterima kasih kepada dirgahayu ayahbonda berdua kerana memberikan kelapangan untuk Tuah mencorakkan kehidupan yang semaki mencar tiap hari.
Hendak dibandingkan nilai pencapaian diri ini dengan rakan yang lain, agak kerdil diri ini.
Kawan-kawan yang selepas SPM dulu mohon SPA 8 kini dah meninjak dengan sebuah kereta menderam di jalan raya, tapi aku masih lagi menapak dengan kudrat yang ALLAH beri ini untuk melunaskan setiap perkara yang perlu dibereskan.
Setiap kali ada rasa setan dah mula mencucuk rasa iri hati dalam diri ini, hati kecil yang masih diberkan perasaan logik dann ihsan oleh Allah berbisik "Setidaknya engkau masih bebas daripada terbelenggu dengan hutang yang tiada berkesudahan...
Perbualan dengan abang Tuah pada baru2 ni (saudara Zidane Port Dickson) mencerap nilai hati budi pertalian darah yang tidak mungkin difahami oleh orang lain. Nasihatnya untuk Tuah mengambil kereta terpakai selepas memegang panggillan seorang 'Guru' nanti akan dijadikan pedoman.
Selamat menyelusuri hari Jumaat yang mulia ini dalam kesyahduan Syaaban yang semakin meninggi...
No comments:
Post a Comment