Sunday, June 17, 2012

MENGHARGAI SEBUAH KEMATIAN


Tajuk di atas mungkin menimbulkan satu tanda Tanya yang pelik dalam diri anda. Namun satu kematian merupakan satu kehilangan yang terbesar di atas dunia ini dalam kehidupan seharian kita. Tatkala orang lain sedang bertungkus lumus menyiapkan semester terahir ini, Allah datangkan ujian yang maha hebat buat saya dan keluarga.

Tanggal 4 Mac 2012, nenda saya yang tersayang, Zainab binti Sulaiman telah dipanggil ke hadrat Allah swt dalam jam 4.50 petang. Tatkala azan Asar memanggil umat Islam untuk menunaikan soalat, saya dan keluarga telah diujiNya. 

Adalah amat besar kesyukuran yang dapat saya lafazkan kerana walaupun ketika itu saya sepatutnya berada di Kota Bharu, namun Allah telah mentakdirkan bahawa saya dapat berada di pangkuan Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Setiap detik dan ketika daripada menjaga jenazah pada malam hari sehinggalah tamat proses pengkebumian, hati ini tidak putus mengucapkan doa pada Allah atas setiap nikmat dan pinjaman Allah.

Allahyarhamah merupakan antara perkara terbaik yang pernah dikuniakan Allah kepada saya dalam penhidupan ini.
Walaupun pada hari ini sudah 107 hari Allahyarhamah meninggalkan kami sekeluarga,namun setiap titipan nasihat dan ingatan tidak akan kami lupakan. 
Kalungan doa dan bacaan Yasin kami InsyaAllah akan terus diutuskan dalam mengingati setiap detik, saat dan ketika Allahyarhamah bersama kami.

I love you Wan, and the love will always unite us together.

Al fatihah

~~~Allahyarhamah Zainab binti Sulaiman~~~

No comments:

Post a Comment