Tuesday, June 19, 2012

Sahabat

Bukan hanya sebarang insan boleh bergelar sahabat,
Melalui ranjau seorang kawan,
Menyelusuri akar pepohon rakan,
Namun,
Tak semua mampu menandingi ukhwah yang terjalin di antara kita

Sahabat,
Tatkala ku menangis dek kerana ujian dunia,
Engkau sudi hadir menadah telinga mendengar setiap esak yang terlahir,
Tika diri ini hanya mampu melukis sebuah senyuman yang indah,
Dikau hadir dalam redha dan syukur maknawi,
Jika pula aku terlanjur dalam kebatinan indah dunia,
Kau sudi menegur dan memarahi,
Kerana aku tahu,
Engkau seorang sahabat.

Sahabat,
Talian ukhwah yang kita bina sudah sekian lama ini,
Moga dititipkan doa agar terus mekar dalam madah perjuangan,
Doa sering kita utuskan,
Demi meneruskan ukhwah terindah yang terukir oleh Ilahi,
Dalam mencari nilai damai yang sejati...

Englaulah sahabat penyeri dunia,
Moga kuntuman mekar membawa ke Mahsyar...

Kuala Pilah,
19 Jun 2012

No comments:

Post a Comment