Saturday, June 30, 2012

Exam Mode

Tak dapat dinafikan bahawa peperiksaan merupakan satu lumrah dalam kehidupan menuntut ilmu.

Peperiksaan juga menjadi satu penanada aras kepada pencapaian pelajar secara akademik dalam pemahaman sesuatu subjek dan keadaan.

Agak malas sebenarnya nak kembali ke New Castle dalam menghadapi peperiksaan ini namun who am I to say NO in taking this piece of paper??

The lecturer was there for only 13 hours all together for the semester and he expects us to score the paper with a smile on our face.

Pathetic!!

Life has never been easy for the students in the tertiary education.

Maka dengan ini saya terpaksa menghalang sebarang penulisan dalam blog ini sehinggalah satu masa yang akan diberitahu kelak.

Bye bye blog...See you after the exam=)....

Thursday, June 28, 2012

Erti Kebebasan

Dalam ketenangan menghadapi hari-hari mendung yang terus berlalu nih, hati kecil tiba2 berdetik dengan satu persoalan yang masih bungkar mencari makna yang sebenar.

Apakah erti sebuah kebebasan?

Sebagai seorang remaja tua yang sudah menginjak umur 24 tahu, nilai kebebasan itu merupakan satu nilai hakiki yang telah dibertikan oleh mak ayah tanpa sebarang halangan atas dasar alasan 'Anak tu dah besar, pandai la dia jaga diri dia sendiri'

Benar, frasa tu dah menjadi sebati dengan diri ini dan saya berterima kasih kepada dirgahayu ayahbonda berdua kerana memberikan kelapangan untuk Tuah mencorakkan kehidupan yang semaki mencar tiap hari.

Hendak dibandingkan nilai pencapaian diri ini dengan rakan yang lain, agak kerdil diri ini.

Kawan-kawan yang selepas SPM dulu mohon SPA 8 kini dah meninjak dengan sebuah kereta menderam di jalan raya, tapi aku masih lagi menapak dengan kudrat yang ALLAH beri ini untuk melunaskan setiap perkara yang perlu dibereskan.

Setiap kali ada rasa setan dah mula mencucuk rasa iri hati dalam diri ini, hati kecil yang masih diberkan perasaan logik dann ihsan oleh Allah berbisik "Setidaknya engkau masih bebas daripada terbelenggu dengan hutang yang tiada berkesudahan...

Perbualan dengan abang Tuah pada baru2 ni (saudara Zidane Port Dickson) mencerap nilai hati budi pertalian darah yang tidak mungkin difahami oleh orang lain. Nasihatnya untuk Tuah mengambil kereta terpakai selepas memegang panggillan seorang 'Guru' nanti akan dijadikan pedoman.

Selamat menyelusuri hari Jumaat yang mulia ini dalam kesyahduan Syaaban yang semakin meninggi...

Wednesday, June 27, 2012

Kematangan

Oranh ramai seringkali beranggapan bahawa nilai kematangan itu hadir bila umur semakin meningkat. Betul ker??

Pada Tuah, bukan semua orang boleh dikategorikan sebagai golongan bertuah yang maca tuh. Kadang2 bila kita tengok anak2 kecil yang dah pandai urus diri sendiri, kita anggap dia dah matang.

Tapi penah tak kita lihat, tengok dan persoalkan orang yang dah sangat berumur tapi mengambil tindakan yang kurang matang?

Wei, it's all about the way that we look and define the word maturity itself.

Different people have different way of looking at things. Tak semestinya bila seseorang tu dah sangat tua, maka kita boleh gelarkan dia matang. Tapi selalunya memang orang yang dah berusia ni dilihat semakin matang dalam segala hal. Ape ek hal tuh??

1. Perbelanjaan kewanagan
2. Uruskan family
3. Atasi masalah umur yang meningkat
4. Perasaan ingin menjaga hati orang lain
5. Bekerja seharian
6. Membangunkan emosi kendiri

7,8,9,10,11......dan sebagainya

Terlampau luas jika kita nak menghitung dan menilai.

Who are we to judge??Right??

Tuesday, June 19, 2012

Sahabat

Bukan hanya sebarang insan boleh bergelar sahabat,
Melalui ranjau seorang kawan,
Menyelusuri akar pepohon rakan,
Namun,
Tak semua mampu menandingi ukhwah yang terjalin di antara kita

Sahabat,
Tatkala ku menangis dek kerana ujian dunia,
Engkau sudi hadir menadah telinga mendengar setiap esak yang terlahir,
Tika diri ini hanya mampu melukis sebuah senyuman yang indah,
Dikau hadir dalam redha dan syukur maknawi,
Jika pula aku terlanjur dalam kebatinan indah dunia,
Kau sudi menegur dan memarahi,
Kerana aku tahu,
Engkau seorang sahabat.

Sahabat,
Talian ukhwah yang kita bina sudah sekian lama ini,
Moga dititipkan doa agar terus mekar dalam madah perjuangan,
Doa sering kita utuskan,
Demi meneruskan ukhwah terindah yang terukir oleh Ilahi,
Dalam mencari nilai damai yang sejati...

Englaulah sahabat penyeri dunia,
Moga kuntuman mekar membawa ke Mahsyar...

Kuala Pilah,
19 Jun 2012

Sunday, June 17, 2012

MENGHARGAI SEBUAH KEMATIAN


Tajuk di atas mungkin menimbulkan satu tanda Tanya yang pelik dalam diri anda. Namun satu kematian merupakan satu kehilangan yang terbesar di atas dunia ini dalam kehidupan seharian kita. Tatkala orang lain sedang bertungkus lumus menyiapkan semester terahir ini, Allah datangkan ujian yang maha hebat buat saya dan keluarga.

Tanggal 4 Mac 2012, nenda saya yang tersayang, Zainab binti Sulaiman telah dipanggil ke hadrat Allah swt dalam jam 4.50 petang. Tatkala azan Asar memanggil umat Islam untuk menunaikan soalat, saya dan keluarga telah diujiNya. 

Adalah amat besar kesyukuran yang dapat saya lafazkan kerana walaupun ketika itu saya sepatutnya berada di Kota Bharu, namun Allah telah mentakdirkan bahawa saya dapat berada di pangkuan Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Setiap detik dan ketika daripada menjaga jenazah pada malam hari sehinggalah tamat proses pengkebumian, hati ini tidak putus mengucapkan doa pada Allah atas setiap nikmat dan pinjaman Allah.

Allahyarhamah merupakan antara perkara terbaik yang pernah dikuniakan Allah kepada saya dalam penhidupan ini.
Walaupun pada hari ini sudah 107 hari Allahyarhamah meninggalkan kami sekeluarga,namun setiap titipan nasihat dan ingatan tidak akan kami lupakan. 
Kalungan doa dan bacaan Yasin kami InsyaAllah akan terus diutuskan dalam mengingati setiap detik, saat dan ketika Allahyarhamah bersama kami.

I love you Wan, and the love will always unite us together.

Al fatihah

~~~Allahyarhamah Zainab binti Sulaiman~~~

Saturday, June 16, 2012

The new TUAH is here!!!

I am back into this blogging world!!! This is going to be fun as I am having a very long holiday before I get the chance to be posted in school. So back up, sit back and enjoy my blogroll =)

Tuesday, March 8, 2011

Komplikasi Sebuah Persahabatan

Assalamualaikum dan Salam Kenangan buat semua...

Buat kali ini teringin pula kiranya hendak menulis nukilan perasaan dalam Bahasa Ibunda Kebangsaan yang sentiasa menjadi sanjungan dan kebanggaan...

Dalam tempoh masa yang tak berama lama ni, ada sedikit konflik yang terjadi antara saya dan seseorang. Biarlah namanya menjadi rahsia. Akan tetapi perkara yang menjadi persoalan dan igauan dalam talian yang benama persahabatan ini merungkaikan satu isu yang menjadi kebingungan buat diri ini dalam mencari satu konklusi.

Sememangnya kita sebagai manusia biasa seingkali tidak mengetahui satu perkara mengenai keburukkan kita tanpa ada insan yang sudi menegur. Jujur mengatakan saya sudi ditegur dan sila beritahu apa kesalahan dan kekhilafan yang telah dilakukan hingakan tidak lagi sanggup bersemuka dan bersetentang mata dengan saya dalam segala keadaan??Peogol kah saya??Pembunuh, penyamun atau gigolo dambaan wanita???

Saya sedar dan saya pasti semua orang sedar yang mana dalamm menjelajahi semester yang semakin berarak ke penghujung segala duka dan lara ini seringkali menyebabkan kita berada dalam keadaan stress dan bengong selalu, tapi berhakkah jika kita hendak beremosi pada seseorang atas satu isu yang boleh diperjelaskan dan dirungkai dalam mencari satu penyelesaian???

Awak...
Saya faham kalau awak tak nak balas mesej saya dalam wakt cuti...
Saya aham kalau awak duk nak enjoy engok tv bila saya ada masalah yang nak kongsi dengan awak...
Saya faham bila awak meragam satu hari dek kerana lawak saya yang tak menjadi ketika awak PMS dan macam2 lagi..
Saya faham awak belum sudi keluar dengan saya bila awak takda duit...
Saya faham bila awak hanya bercakap dengan kawa2 kia tapi awak taknak bersemuka dengan saya...
Tapi awak,
adakah hanya saya sahaja yang perlu fahami diri awak??
Awak...
Saya ni penyegan...
Saya ni serius dalam belajar...
Saya ni suka jump into conclusion bila saya dapat info..
Saya suka lebih dari orang lain...
Saya sering duduk di library hanya untuk catch up semua benda yang saya takboleh nak dapat dalam kelas...
Saya mungkn kurang layan awak sebab saya nak top up pointer saya yang dah jatuh 2 semyang berturut ni....

Saya harap awak faham dan memahami...
Kerna diri ini sepi tanpa adanya sinar dirimu dalam hidupku...
Biarlah kiranya hanya sebutir senyuman ikhlas yang engkau lembarkan buat diriku...
Kerana yang sekelumit itulah yang akan menjadi penyeri dalam merentasi kehidupan yang hair tanpa ada sedikit pun belas dan simpati...
Mengharapkan awak mengerti, walaupun mustahil awak baca nukilan ini...

Salam kPerindu Sepimu...
Tuah Cendana
9 Mac 2011
Tec 5 Faculty of Education
MARA University of Technology....
9.05 a.m........

(MOde=Elegi Sepi)